Aplikasi buku 555 dilancarkan untuk mereka yang suka bagi pinjam duit

206

 

Menyebut tentang buku 555 kami yakin ramai daripada anda masih ingat lagi dengan buku legend ini. Meskipun sudah semakin sukar untuk didapatkan di pasaran, buku 555 masih lagi diingati ramai dan sangat sinonim untuk mencatat hutang.

Memandangkan kini merupakan zaman dimana smartphone lebih dekat bersama pengguna, Buku 555 kini dibawakan dalam versi aplikasi daripada syarikat Data & Roses Sdn Bhd.

Mula menggunakan aplikasi ini, anda hendaklah memasukkan nombor pin untuk memastikan kesemua ‘rahsia’ hutang anda terjaga. Seterusnya, anda berpeluang mencatat dan menyemak hutang sedia ada.

 

 

Buat anda selaku pemiutang atau mungkin penghutang ingin mencuba aplikasi Buku 555 ini anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia buat iOS dan Android. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih ligat untuk mengingatkan penghutang mengenai jumlah baki yang perlu dibayar.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments