Rupanya kena kencing, misteri bau pelik dalam periuk sup terjawab

1073

 

BEIJING – CHINA. Bau pelik daripada dalam periuk sup daging di sebuah restoran di selatan China akhirnya terjawab.

Perbuatan menjijikkan seorang lelaki yang membuang hajat di dalam masakan itu akhirnya terbongkar pada 28 Mac lalu selepas pemilik premis itu dikenali sebagai Jiang bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

The Paper melaporkan tindakan itu dilakukan pesaingnya, Li yang turut membuka restoran mee di Haikou di wilayah Hainan.

Jiang membuat aduan kepada polis dan bapa Li yang melakukan perbuatan itu telah ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Sampel diambil Pentadbiran Ubat dan Makanan China mendapati sup itu dicemari najis dan air kencing manusia.

Menurut Jiang, tiada berlaku pertengkaran antara mereka malah dia sering memanggil Li sebagai ‘abang’.

Namun, dia percaya lelaki itu melakukannya kerana cemburu berikutan restoran dikunjungi lebih ramai pelanggan.

“Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments