Mark Zuckerberg mengaku Facebook membaca kesemua mesej anda

1013

 

Nampaknya satu persatu rahsia Facebook dan Mark Zuckerberg terbongkar apabila Mark Zuckerberg baru-baru ini mengesahkan Facebook membaca kesemua mesej yang dihantar pengguna melalui platform mereka.

Rahsia ini terbongkar setelah Facebook disahkan bersekongkol bersama Cambridge Analytica dalam mengorek data serta sejarah panggilan yang dibuat pengguna.

 

 

Difahamkan idea disebalik pembacaan mesej ini dalam usaha untuk membanteras insiden yang berlaku dimana Facebook sebelum ini telah menghalang daripada penghantaran mesej berbaur provokasi melibatkan pembersihan etnik di Myanmar.

Selain itu, mesej yang dihantar turut menjadi ‘rujukan’ Facebook untuk mensasarkan iklan yang lebih dekat kepada pengguna.

 

 

Setakat bulan lepas sahaja aset Mark Zuckerberg telahpun berkurang sebanyak $5.1 bilion berikutan kejatuhan saham Facebook menjadikan aset beliau kepada $69.5 bilion (~RM268.69 bilion) sahaja.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments