Bidadari trip Yogyakarta 5 hari 4 malam

1051

 

Akhirnya sampai jugak di kota cinta rangga yogyakarta ! Travel di Yogyakarta dengan geng satu kepala banana memang best walaupun tak penah jumpa, kenal dekat ig jer uolss dan berkenal-kenalan di airport jee. Trip ni dah plan 7 bulan yang lepas dan 7 bulan jugak kami chit chat dalam wasup ?
Trip ni tak ambik sebarang travel agent hanya memerlukan supir dan itinery. Tempat semua kami list bagi supir semak dan susun supaya satu jalan.

Flight tiket – Rm 268 return, boleh dapat lagi murah kalau rajin bukak web airasia. kalau malas memang tak dapat laaa.

Supir – 5 hari Agus +62819627065 ?
mas agus ni bagus dan happening gilaaa, request je nak apa semua dia boleh bagi. Sakit dia bagi ubat, lapar dia bagi makan tapi please jangan request kasih sayang dekat mas agus sebab kasih sayang dia dah di bagi kepada kami berlima bidadari cantik hahaha. Dia panggil kami orang gilak mungkin dia tak pernah jumpa orang gilak secantik bidadari seperti kami hahahaa

Hotel – Rm 68 pernight (Malioboro garden hotel) 
? hotel ni dekat dengan jalan malioboro dalam 3 minit jalan kaki, tak dan nak menguap dah sampai? Tips kalau hampa nak jimat cari hotel mana hampa nak menginap dan suruh supir booking di sana sebab dorang boleh dapat lagi murah, tak payah booking di agoda/trivago atau sebagainya sbb harga dah campur tax jadi mahal.

Trip ke jogja memerlukan supir tambah jalan kat sana sangat teruk pastu perjalanan satu tempat ke satu tempat tu jauh dan penuh onak berliku.

Makanan kat sana boleh dikatakan semua sedap² tak boleh move on laa, sampai harini dok teringat sambal spesiall? Lagi satu kat sana bila masuk kedai lace rasa nak borong semua macam orang lupa diri ?

Bajet trip Rm1200 perpax (including hotel,makan,flight,shopping banyak) ?

Itinerary 5 Hari 4 Malam

Day 1

Pickup adisutjipto airport ?

Beli sim

Alun-alun kidul

Check in

Day 2

Jurang tembelan

Rumah hobbit

Hutan pinus

Pintoe langit

Pantai parangtritis 

Gumuk pasir

Malioboro street

Day 3

▶ 
Merapi lava tour
idr450k/jeep


Pantai timang
idr350k/jeep
idr200k/gondola
idr100k/jambatan

Pinus pengger

Day 4

Gereja ayam

Candi borobudur

Pulepayung

Bakpia

Shopping lace

Day 5

Taman sari

Shopping pasar prambanan

Drop airport ?

 

Credit Facebook : Ainur Fadzilah

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments