Apple sedang mengusahakan iPhone dengan skrin lengkung dan ‘touchless gesture’

79

Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat Apple, pastinya anda cukup kenal dengan jenama ini dimana Apple tidak berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama di dalam setiap teknologi yang diperkenalkan.

Terbaru, Apple dikatakan sedang mengusahakan untuk teknologi berdasarkan skrin lengkung dan ‘touchless gesture’. Melalui teknologi terbaru ini, para pengguna mungkin berpeluang untuk swipe atau memberi arahan tanpa perlu menekan iPhone.

 

 

Difahamkan idea disebalik langkah terbaru Apple dibuat setelah rekabentuk iPhone X seringkali menjadi rujukan sekaligus membuatkan Apple berminat untuk beralih kepada rebabentuk yang lebih fresh.

Dalam pada itu, sempena pengeluaran pada tahun ini, Apple dijangkakan bakal mengeluarkan tiga model pada tahun ini. Dikatakan dua model bakal menyerupai iPhone X dimana salah satu daripadanya hadir dalam versi ‘Plus’.

 

 

Apple juga bakal turut mengeluarkan iPhone menggunakan skrin LCD. Katanya keluaran pada kali ini lebih ‘mampu milik’. Adakah pengeluaran pada tahun ini bakal membuatkan anda upgrade iPhone sedia ada?

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments