Huawei P20 mula dijual jumaat ini dengan harga RM2,599

44

Berjaya menjadi fenomena melalui kolaborasi kamera bersama Leica, smartphone Huawei semakin menjadi pilihan pengguna khususnya di Malaysia. Terbaru Huawei telah melancarkan Huawei P20 dan P20 Pro.

Smartphone yang dilancarkan pada minggu lalu akhirnya berjaya mendapat tanda harga buat pasaran Malaysia apabila Huawei Malaysia telah mula melancarnya pada hari ini.

Spesifikasi

 

 

Menariknya pada model P20 dan P20 Pro adalah masing-masing telah disertakan dengan notch pada bahagian atas skrin. Selain itu, P20 Pro turut menjadi model smartphone pertama di dunia yang mempunyai teknologi terbaru.

Pada model kali ini, Huawei telah memilih untuk menggunakan processor Kirin 970 dan dipadankan bersama RAM 4 GB. Huawei P20 disertakan dengan skrin 5.8-inci manakala P20 Pro mempunyai skrin bersaiz 6.1-inci. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan saiz storan 128 GB.

 

 

Nak tahu apa yang lebih menarik? Huawei P20 Pro turut dilengkapkan dengan gabungan lensa 40-megapixel RGB, 20-megapixel monokrom serta 8-megapixel khusus untuk mengambil gambar jarak jauh.

Buat model Huawei P20, model ini disertakan dengan dwi-kamera 20-megapixel dan 12-megapixel. Masing-masing disertakan dengan kamera 24-megapixel dibahagian hadapan khusus untuk berswafoto.

Harga

 

 

Kami yakin ramai daripada sudah cukup tahu dengan potensi dengan spesifikasi yang power pada kedua-dua smartphone ini. Akhirnya tanda harga bagi Huawei P20 dan P20 Pro terjawab pada hari ini oleh Huawei Malaysia.

Huawei P20 bakal mula dijual dengan harga RM2,599 manakala Huawei P20 Pro hadir dengan tanda harga RM3,299. Anda boleh mendapatakan kedua-dua smartphone ini bermula jumaat ini pada 6 April 2018.

Buat anda yang mencari smartphone dengan kualiti terbaik, Huawei P20 Pro adalah jawapannya selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang berbanding beberapa model daripada jenama yang lain.

Anda juga boleh sertai P20 Roadshow yang bakal diadakan di Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 6 hingga 8 April ini dimana anda berpeluang mendapatkan model terbaru Huawei ini beserta free gift bernilai RM999. Berbaloi bukan?

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments