Huawei melancarkan P20 Pro yang hadir dengan Tri-Kamera

41

 

Menyebut tentang P-series Huawei pastinya ramai yang cukup kenal dengan smartphone Huawei yang disertakan dengan teknologi kolaborasi Leica. Pada hari ini, jenama ini telah mengumumkan model terbaru daripada siri ini iaitu Huawei P20 dan P20 Pro.

Seperti model-model sebelum ini, Huawei pastinya mengumumkan inovasi terbaru melalui siri ini. Pada kali ini, sebuah kali inovasi terbaru telah diumumkan.

 

 

Menariknya pada model P20 dan P20 Pro adalah masing-masing telah disertakan dengan notch pada bahagian atas skrin. Dalam pada itu, notch yang disediakan tampak lebih kecil jika dibandingkan bersama Apple iPhone X. Selain itu, P20 Pro turut menjadi model smartphone pertama di dunia yang mempunyai teknologi terbaru.

Pada model kali ini, Huawei telah memilih untuk menggunakan processor Kirin 970 dan dipadankan bersama RAM 4 GB. Huawei P20 disertakan dengan skrin 5.8-inci manakala P20 Pro mempunyai skrin bersaiz 6.1-inci.

Kamera

 

 

Berbincang mengenai P-Series pastinya teknologi kamera antara yang dinantikan para pengguna. Pada kali ini, Huawei telah memperkenalkan inovasi terbaru pada model Huawei P20 Pro dengan kehadiran tiga kamera dibahagian belakang sekaligus menjadikan model ini sebagai model pertama di dunia yang menyertakannya.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Huawei P20 Pro turut dilengkapkan dengan gabungan lensa 40-megapixel RGB, 20-megapixel monokrom serta 8-megapixel khusus untuk mengambil gambar jarak jauh.

Buat model Huawei P20, model ini disertakan dengan dwi-kamera 20-megapixel dan 12-megapixel. Masing-masing disertakan dengan kamera 24-megapixel dibahagian hadapan khusus untuk berswafoto.

Harga penjualan

 

 

Disebalik pengumuman yang dibuat, pengguna di Malaysia nampaknya perlu menanti sehingga 3 April sebelum mengetahui harga rasmi Huawei P20 buat pasaran Malaysia sempena pelancaran rasmi model flagship terbaru daripada Huawei ini.

Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan, kami yakin smartphone ini bakal menjadi rebutan ramai sepertimana model-model siri ini sebelum ini. Adakah penyediaan tri-kamera bakal menjadi fenomena pada tahun ini?

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments