Dua gadis cun ini kongsi roadtrip Semenanjung Malaysia selama 9 hari. Wah sempat ke?

97

Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian menarik antaranya seperti pulau, hutan simpan, pantai peranginan dan sebagainya. Tidak hairan lah pelancong dari luar negara sering datang ke Malaysia untuk merasai sendiri keunikan yang ada di negara kita ini.

Dua gadis ini kongsi pengalaman menarik menerokai keindahan destinasi di setiap negeri semenanjung Malaysia selama 9 hari dengan hanya memandu kereta saja. Malah, bajet RM 750 seorang sudah boleh makan angin di pelbagai lokasi. Jom kita lihat apa yang mereka buat?

 

 

Perjalanan mereka dari Batu Pahat ke Kuantan dan mengambil masa kira-kira 4 jam. Negeri Pahang kaya dengan sumber hutan hijau yang sesuai untuk tenangkan fikiran anda.

 

 

 

Perjalanan hari kedua diteruskan ke Pantai Timur dan mereka berpeluang ke pantai peranginan serta menikmati makanan asli Pantai Timur. Waktu malam pula, anda boleh ke pasar malam Dungun setiap hari khamis.

 

Hari ketiga, ambil masa kurang sehari untuk menerokai Terengganu termasuk ke masjid terapung, masjid kristal, dan Pantai Penarik untuk menikmati makanan laut yang segar.

 

 

Keesokan harinya, mereka ke Kelantan yang kaya dengan keaslian budaya tradisional. Sampai je Kelantan, jangan lupa ke 4 pantai yang popular ini termasuk Pantai Tok Bali, Pantai Irama, Pantai Senok dan Pantai Sabak. Sebelah malam pula, korang boleh menikmati pemandangan kelip-kelip sambil berkayak.

 

 

Kalau dah sampai di sempadan Kelantan tu, tak sah kalau tidak ke Sungai Kolok. Sesekali melihat budaya negara apa salahnya, kan?

Dari Sungai Kolok mereka memandu ke Kedah yang mengambil masa kira-kira 4 jam. Mereka singgah di Baling untuk menikmati makanan orang utara yang padu!

 

 

 

Dari Kedah singgah di Sungai Sedim, Taiping dan menikmati makanan lauk di Teluk Intan. Jangan lupa Menara Condong yang menjadi landmark negeri Perak ye.

 

 

 

Setiba di KL, jangan lupa untuk menikmati pelbagai makanan yang rare disini. Malah, banyak destinasi menarik yang pasti tidak akan membuat anda bosan.

 

 

Ini senarai destinasi wajib jika sudah tiba di Putrajaya. Masjid Putra, Asta Morocco, Taman Botani dan Wetland Park.

 

 

Tempat yang wajib jika tiba di Melaka adalah Jonker Walk yang kaya dengan kesenian asli Baba Nyonya. Anda disarankan untuk datang pada waktu petang dan malam kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disaksikan.

 

 

Perjalanan dua gadis ini menghabiskan kira-kira RM 750 seorang termasuk kos minyak, tol, penginapan dan makan. Sememangnya, Malaysia banyak destinasi menarik yang perlu kita terokai.

 

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments