AirAsia umum Roberto Carlos sebagai duta global terbaru

64

 

AirAsia mengumumkan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos sebagai duta global terbaru untuk syarikat berkenaan. CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmad dan CEO AirAsia X, Benyamin Ismail turut turun padang meraikan kedatangan Roberto Carlos ketika majlis ini.

“Pemilihan Roberto Carlos ini sangat tepat. Bermula dari jalanan di Garca, Brazil, Roberto sudah mempunyai impian menjadi pemain bola sepak professional sejak berusia 12 tahun lagi. Dengan semangat juang yang tinggi, kami sangat berbangga mempunyai seorang ‘pejuang’ seperti beliau sebagai salah seorang duta global kami,” kata Tan Sri Tony Fernandes.

“Di Brazil ada ungkapan ‘Sebab kami terlalu susah, kami memandang tinggi bola sepak’. Ini menunjukkan walau siapa pun anda, anda akan berjaya jika mempunyai impian dan bekerja keras. Saya berbangga kerana dipilih menjadi duta untuk AirAsia,” kata Roberto Carlos.

 

 

Siapa sahaja tidak kenal dengan pemain yang mempunyai rating tendangan 97 dalam permainan video FIFA ini. Lawan pasti gentar jika Roberto Carlos mahu cuba buat percubaan di depan pintu gol. Siapa akan lupa tendangan ‘pisang’ beliau sewaktu perlawanan peringkat antarabangsa menentang Perancis. -Vocket-

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments