Lama tahan sakit, hidung Shahrol selamat dibedah

    81

    Pelawak, Shahrol Shiro dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pada hidung kira-kira pukul 1 petang pada Selasa.

    Memetik beberapa sumber, difahamkan pembedahan tersebut dibuat susulan penyakit sinus atau resdung yang serius dialami oleh artis komedi itu.

    Menurut isterinya iaitu Nor Farhanah Syamimi, Shahrol dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ di Johor Bahru selepas mengadu sakit kepala yang teruk sejak malam Ahad lalu.

    “Dia dimasukkan ke wad pada Rabu tapi dia minta keluar pada Khamis kerana ada beberapa tugasan dan persembahan yang terpaksa dihadiri di Kelantan dan Tangkak, Johor.

    “Pada Ahad lepas pula dia nak sambut ulang tahun kedua perkahwinan kami, malam tu dia sakit kepada teruk sampai terpaksa menangis untuk menahan sakitnya.

    “Kemudian pada Isnin saya bawa dia ke hospital semula, doktor buat pemeriksaan dan dapati sinus dia semakin bahaya,” ujar Farhanah.

     

     

    Tambah Farhanah, kesibukan kerja dan tidak cukup rehat merupakan antara faktor penyakit tersebut menjadi semakin teruk.

    “Dia kerja kuat sehingga tidak cukup rehat, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dia selesaikan. Waktu makan dan tidur pun tidak tetap.

    “Ketika dia membuat orang gembira tapi dia sebenarnya menahan sakit,” ujarnya.

    Untuk rekod, Sharol, 33, yang kini menjadi penyampai stesen radio Best FM di Johor; juga pernah menjalani pembedahan yang sama sekitar tahun 2015 lalu.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments