Hanya 10 hari, Konsert Didi & Friends kutip RM1.4 juta!

    114

    Kartun animasi Didi & Friends telah melakar sejarah selepas tayangan Konsert Hora Horey Didi & Friends berjaya mencatat rekod pecah panggung sebanyak RM1.4 juta hanya dalam masa 10 hari ditayangkan.

     

     

    Dalam masa yang sama, Konsert Hora Horey Didi & Friends telah berjaya direkodkan sebagai konsert animasi pertama di layar perak.

    Malah, konsert animasi berkenaan juga telah disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris walaupun baru dua hari ditayangkan.

     

     

    Ia juga sebaris dengan filem-filem ‘box office’ yang lain antaranya Tomb Raider, KL Special Force, Black Panther dan A Wrinkle in Time.

    Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terlibat dalam pembikinan konsert animasi tersebut bagi mendendangkan lagu berjudul ‘Oh Nana’.

    Selain Siti, penyanyi Tomok turut bersama-sama membuat penampilan khas dengan mempersembahkan lagu ‘Tayar Bas’.

     

     

     

    Sebanyak 30 buah lagu dengan 17 antaranya merupakan lagu baharu, tujuh buah lagu hit yang menaikkan nama animasi Didi & Friends serta enam buah lagu lain telah diberi nafas baru dipersembahnkan selama 80 minit.

    Apa yang menarik sekali ialah kesemua pawagan TGV Cinema yang menayangkan Konsert Hora Horey Didi & Friends mempunyai set mesra kanak-kanak atau dikenali sebagai ‘Family Friendly’.

     

     

    ‘Family Friendly’ telah diubah suai yang mana menggunakan pencahayaan lebih terang daripada biasa bagi keselesan penonton, kemudahan menukar lampin disediakan di tepi panggung serta kebebasan sepenuhnya untuk kanak-kanak bergerak aktif ketika menonton konsert animasi tersebut.

    Ketika minggu pertama tayangan iaitu pada 10 Mac lalu, konsert animasi kesayangan kanak-kanak itu telah ditayangkan di 34 buah pawagan TGV Cinema seluruh negara.

     

     

    Bagaimanapun, selepas mendapat sambutan pada minggu kedua, sebanyak 27 lagi penambahan pawagan telah dibuat termasuk di GSC, MM Cineplex dan MM2.

    Ia sekali gus menjadikan sebanyak 61 buah pawagan di seluruh Malaysia termasuk negara jiran, Brunei.

    Ini juga membolehkan Didi & Friend yang mula ditayangkan sejak 2014 lalu telah dikategorikan sebagai kartun animasi paling laris dan berjaya menambat hati kanak-kanak termasuk orang dewasa

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments