Video: Rompak tak menjadi, sudahnya dicekup!

33

 

IPOH – Malang bagi seorang penjenayah berusia 34 tahun apabila dia berjaya dicekup orang ramai dalam cubaan samun pemilik kedai di Panorama Lapangan Perdana di sini, petang kelmarin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju putih dan bertopi keledar itu bertindak mengacukan parangnya kepada wanita yang berada di kaunter kira-kira jam 4 petang.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa terus mengambil kerusi yang diduduknya dan cuba mengacah bagi menghalau suspek daripada cuba mencederakanya.

Lelaki itu kemudian dilihat seakan membatalkan ‘niatnya’, lalu terus beredar keluar daripada premis tersebut.

Namun malangnya apabila orang awam yang berada di kawasan sekitar terus menangkapnya ketika dia cuba melarikan diri dengan motosikal.

Suspek yang difahamkan berasal dari Jalan Pasir Puteh itu bengkak di kedua-dua tangan dan dahi selain sakit seluruh badan.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on 10hb Mac 2018

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on 10hb Mac 2018

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments