RTM mohon maaf letak ‘bin’ pada nama Azalina Othman

53

 

SHAH ALAM – Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi memuat naik permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said susulan berlaku kesilapan pada nama beliau.

Permohonan maaf itu dimuat naik di Facebook rasmi RTM, dengan menyatakan pihaknya kesal dengan kesilapan tersebut.

“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi,” jelas RTM.

Kesilapan itu berlaku apabila RTM menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ia ditayangkan secara langsung.

Paparan kesilapan itu berlaku ketika Azalina sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments