Penduduk berang pelancong wanita bogel gesel pada ‘batu suci’

94

 

Perbuatan pelancong wanita berbogel dan menggeselkan tubuhnya pada batu besar menyerupai kemaluan lelaki di Koh Samui, Thailand, menimbulkan kemarahan kerana batu itu dianggap suci oleh penduduk.

Mereka mendesak polis menahan wanita berambut perang itu dan mahukan dia memohon maaf secara terbuka.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian semalam, wanita berkenaan berbogel di tepi batu Hin Ta arau Batu Datuk dan dilihat menggesel tubuhnya pada batu berkenaan ketika gambarnya dirakam.

Batu setinggi kira-kira 12 meter itu dianggap penduduk tempatan melambangkan semangat seorang lelaki tua.

Peniaga di pulau itu, Sutida Wongyai, berkata: “Batu berkenaan istimewa bagi kami, melambangkan pulau ini. Satu penghinaan dia berbuat demikian.”

Pengurus hotel, Suriya Promsri, berkata tiada sesiapa sepatutnya berbogel kerana menyalahi undang-undang.

“Polis perlu mencari wanita itu dan mendakwanya agar orang lain tidak melakukan perbuatan itu,” katanya.

Batu Hin Ta yang menjadi tarikan pelancong di pulau itu terletak berdekatan batu Hin Yai yang berbentuk seperti kemaluan wanita.

Penduduk tempatan percaya pasangan tua itu belayar ke Koh Samui untuk meminang bakal isteri anak mereka namun bot mereka karam dipukul ribut dan dilahirkan semula sebagai batu lelaki dan wanita terbabit.

Polis di pulau itu mengesahkan menerima laporan pelancong berbogel itu dan sedang menyiasat. 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments