Pencuri dicekup lepas tertidur kekenyangan dalam bilik mangsa

37

 

FUNAN – CHINA. Seorang lelaki bukan sahaja mencuri makan malah tertidur di rumah yang dipecah masuknya.

Pencuri itu memecah masuk sebuah rumah tidak berkunci di Funan Ahad lalu dan mencuri 12,000 yuan (RM 7,376) sebelum beredar ke dapur dan menikmati sarapan tuan rumah.

‘Kehadiran’ lelaki itu hanya disedari tuan rumah apabila mendapati si pencuri sedang tidur nyenyak di dalam bilik.

Lelaki dikenali sebagai Zhu itu kemudian ditahan atas tuduhan mencuri.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments