Netizen kecam bapa Elfira, bangkit ‘back up’ Sufian

    57

    Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan daripada bapa aktres Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin yang meminta Sufian Suhaimi agar ‘mengunci mulut’ berhubung isu putus tunang.

    Hal tersebut sekali gus menjadi viral dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang mana rata-rata bangkit pula bagi membela Sufian!

    Memetik sumber, ramai yang beranggapan pelantun lagu Terasa Ada itu mempunyai hak tersendiri untuk berbicara mahupun tidak berhubung isu berkenaan.

     

     

    Bagi mereka, apa yang dilakukan penyanyi berusia 26 tahun itu tidak dianggap sebagai suatu kesalahan besar.

    Tambahan pula Sufian boleh dikatakan berada di pihak yang ‘diputuskan’ maka secara tidak langsung ia membuat penyanyi tersebut sukar untuk ‘move on’.

    Malah, terdapat juga segelintir pihak yang menganggap bapa Elfira seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan Sufian serta keluarganya.

     

     

     

    Tidak terhenti di situ, ada juga pihak yang mengungkit serta berbicara perihal kewangan, hantaran dan akademik kedua-dua selebriti berkenaan.

     

     

    Hmmm… Sesuatu yang luar biasa berlaku! Mana tidaknya, biasa kita dengar netizen kecam artis kan? Tapi fenomena kali ini berbeza apabila dilihat bapa Elfira pula menjadi mangsa kecaman!

    Apapun, kami di Mynewshub mendoakan yang terbaik buat kedua-dua artis berkenaan agar terus tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. 

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments