Libas parang, pengawal keselamatan cuma dipenjara sehari

42

 

 

MELAKA 14 Mac – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,500 ke atas seorang pengawal keselamatan kerana menakutkan secara jenayah dengan mengejar dan melibas parang ke arah seorang lelaki pada September tahun lalu.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, A. Sivaraj, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Sivaraj didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas Muhamad Khalis Muhamad, 21, di tempat letak kereta di luar bangunan Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (Micost) di Lebuh Ayer Keroh di sini pada pukul 11 malam, 19 September lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memutuskan tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments