Konstabel sedang galas submesingan MP5 tertembak diri sendiri

32

 

SERI ISKANDAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel mengalami kecederaan parah selepas submesingan yang mahu digalasnya tertembak diri sendiri ketika baru sahaja memulakan tugas di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 24 tahun tersebut cedera pada dada kiri selepas tertembak dengan senjata api jenis HK MP5.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati senjata tersebut tidak diletakkan dalam kunci selamat ketika kejadian berlaku.

“Senjata tersebut meletup dan melepaskan satu das tembakan dipercayai tertekan picu ketika mangsa ingin meletakkan tali seling senjata ke badan.

“Mangsa kemudian dirawat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments