Janda tidur berkemban dicekup bersama duda didenda RM2,700

240

 

KUALA TERENGGANU – Seorang janda bersama pasangannya yang juga berstatus duda dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.

Janda berusia 36 tahun dan pasangannya berusia 39 tahun turut diarahkan dipenjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Jalan Tekukur, kira-kira jam 8.35 pagi, pada 14 Mei tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa syariah daerah membuat serbuan berwaran ke atas sebuah rumah selepas menerima maklumat awam.

Ketika berada di hadapan rumah, didapati pintu utamanya terbuka sedikit sebelum anggota bertindak memberi salam beberapa kali dan terus masuk ke dalam rumah tersebut.

Ketika serbuan, seorang lelaki yang uzur kerana strok dan dalam masa sama ada seorang perempuan keluar dari dapur.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati ada sebuah bilik yang mana pintunya sedikit terbuka dan terdapat seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan seorang perempuan yang berkemban dengan kain batik paras dada sedang tidur.

Siasatan lanjut mendapati mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah atau mahram.

Bagi kesalahan berkhalwat, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Terengganu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments