Bekas gitaris kumpulan rock ditahan kes bunuh warga emas

60

 

ALOR SETAR – Seorang bekas gitaris sebuah kumpulan rock direman selama tujuh hari selepas didakwa membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar pada 25 Februari lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris yang membenarkan suspek yang berusia 44 tahun itu direman bermula semalam sehingga 19 Mac depan bagi membantu siasatan.

Polis menahan suspek di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Taman Golf di sini dan ketika siasatan, lelaki tersebut membuat pengakuan membunuh warga emas terbabit, Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan.

Dalam siasatan itu, suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments