21 pelajar tahfiz dilapor diliwat di Kuantan

35

 

KUANTAN 14 Mac – Seramai 21 pelajar sebuah pusat tahfiz di sini mendakwa dilakukan penderaan secara seksual oleh seorang pemberi sumbangan pusat berkenaan.

Sehubungan itu, seorang guru pusat tahfiz berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kelmarin.

Menurut sumber, kejadian melibatkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipercayai dipaksa melakukan hubungan seksual sejenis, diliwat dan menghisap kemaluan lelaki berkenaan.

Berdasarkan butiran laporan, kesemua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara yang dilakukan tersebut terbongkar kepada pengetahuan orang lain.

Sementara Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments