Tuah ada 9 nyawa, si bulus selamat biarpun tertusuk 3 besi pagar

42

 

LONDON – Seekor kucing bertuah ‘menggunakan tiga daripada sembilan nyawanya’ selepas ia ditemui masih hidup walaupun tertusuk dengan tiga besi pagar.

Pejalan kaki yang menyedari insiden itu segera melaporkan perkara terbabit kepada Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSCPA) yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian di Cricklewood, barat laut London ketika kejadian pada Jumaat lalu.

Pasukan bomba turut dikerah untuk membantu memotong bahagian besi pagar setinggi 2 meter yang tertusuk pada badan haiwan terbabit.

“Saya sangat bimbang dengan keadaan kucing itu ketika menerima panggilan kecemasan tentang insiden mengerikan itu. Saya juga sukar percaya kerana ia masih hidup,” kata Timbalan Ketua Pemeriksa RSCPA, Nicole Broster.

Sementara itu, veterinar yang melakukan pembedahan ke atas haiwan tersebut mendapati ia terselamat kerana besi pagar terbabit tidak mengenai organ pentingnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments