Guru jalin hubungan seks dengan pelajar

49

Seorang guru wanita yang telah bertunang, dipenjara selama tiga tahun selepas menjalinkan hubungan seks lesbian dengan pelajar perempuan di sekolahnya yang berusia 13 tahun.

Brooke Rosendale, 27, dari Bloomdale, Ohio, mengaku salah atas tuduhan terlibat dalam hubungan seksual dengan pelajarnya.

Ketika hukuman dijatuhkan, pelajar berkenaan berada di dalam mahkamah. Dua lagi dakwaan tambahan telah digugurkan oleh mahkamah.

 

 

Rosendale terlibat dalam hubungan seks dengan pelajarnya antara 4 Januari hingga 3 Januari tahun lepas. Pelajar itu merupakan pemain bola keranjang manakala Rosendale pula adalah jurulatihnya sebelum dia berhenti pada Mac 2017.

Dia juga secara sukarela menyerahkan sijil mengajar. Walaupun dalam mahkamah tidak disebut jantina pelajar tersebut namun ia telah dikenal pasti sebagai perempuan.

Dengan kesalahan itu, Rosendale kini didaftarkan sebagai pesalah seks. Dia turut memohon maaf kepada ibu bapa pelajar terbabit. Mereka turut hadir di mahkamah namun enggan mengulas mengenai hukuman itu.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Rosendale telah bertunang pada Julai 2016 selepas menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak 2012.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments