Emma Maembong dikritik tak pandai speaking english

    84

    Nama pelakon, Emma Maembong menjadi bualan hangat apabila dia sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara didakwa bertutur dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang kurang tepat.

    Baru-baru ini, Emma telah memuat naik sebuah sebuah klip video mempromosi produk kecantikan jenama ibunya iaitu Janet Nicol di laman Instagram.

     

     

    Apa yang menarik perhatian berhubung perkara itu adalah terdapat seorang netizen mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris ditutur Emma dan hal itu telah dikongsi oleh anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu menerusi Insta storya.

    Memetik tangkap layar berkenaan, netizen tersebut dilihat mengecam cara Emma bertutur selain beranggapan susun atur dan tatabahasa yang digunakan oleh pelakon wanita itu sangat teruk.

    Malah memetik sumber, netizen tersebut juga sempat ‘memerli’ pelakon itu dengan mengatakan Emma berasal daripada keluarga darah kacukan tetapi tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna.

    Tidak terhenti disitu, netizen tersebut juga meminta Emma untuk memperbaiki tatabahasa dan cara sebutan dengan cara yang betul kelak.

    “Hi Emma. Just wanna let you know. Your grammar is horrible. Your accent sucks. You’re a mixed blood but can’t even speak proper English. Please brush up on your grammar and pronunciation,” tulis netizen berkenaan.

     

     

    Emma yang dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas sindiran itu menerusi satu kemaskini dengan mengatakan dia sama sekali tidak merasa tersinggung dengan teguran tersebut.

    Tetapi, Emma berkata adalah lebih elok jika teguran itu dibuat dengan cara berhemah dan lebih sopan kerana budi bahasa itu adalah budaya kita.

    Pada masa sama, Emma juga akui bahawa dia tidak fasih dalam berbahasa Inggeris dan masih dalam proses belajar selain menyatakan tidak akan berhenti daripada terus memperbaiki kelemahan diri.

     

     

    Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik Emma itu dilihat terus menjadi perhatian netizen di media sosial.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments