Wanita saman RM5.86 juta terkena payudara mak nyah

48

Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta (RM5.86 juta) selepas mendakwa dia cedera akibat terkena payudara seorang mak nyah.

Neldin Molina berkata, dia berada di Hamburger Mary’s du Tampa pada 30 Mei 2015 kerana menyambut ulang tahun kelahiran rakannya sewaktu kemalangan itu berlaku, lapor stesen Fox 4 Now.

Kata mangsa tersebut, dia pertama kali mahu menikmati hidangan makan malam di restoran tersebut.

Molina mendakwa dia sedang makan ketika insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, alunan muzik pun bermula dan pelanggan turut bertepuk tangan selepas pengumuman persembahan ratu mak nyah dibuat.

Menurut laporan akhbar tempatan Orlando Sentinel, restoran berkenaan cukup popular dengan persembahan mak nyah setempat.

Selepas beberapa ketika, Molina mendakwa penghibur, Amanda D’Hod datang ke mejanya, tetapi Molina mengendahkan D’Hod.

Kemudian, penari tersebut berpatah balik, ‘menyambar’ kepalanya dan ‘mengoyang-goyangkan’ payudaranya ke wajah dan kepala plaintif sebanyak lapan kali.

Selepas insiden itu, Molina membuat aduan kepada pengurus restoran mendakwa dia mengalami sakit yang ‘mengazabkan’.

Dia juga mendakwa telah pergi ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan sakit kepala tidak boleh kawal dan kesakitan serviks yang teruk.

Jumlah saman yang dikemukakan itu adalah bagi membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya.

Aduan tersebut turut mendakwa pihak restoran gagal memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang risiko bahaya yang mungkin dihadapi ketika makan di restoran itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments