PAS mahu rampas Parlimen Batu milik PKR

93

KUALA LUMPUR – PAS Wilayah Persekutuan berjaya mendapatkan semula markas parti itu di Parlimen Batu yang disandang pemimpin Pakatan Harapan iaitu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKRI), Tian Chua.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Abd. Rahman berkata, markaz itu kini secara rasmi milik PAS Kawasan Batu, bukan Parti Amanah Negara (PAN) seperti didakwa Pakatan Harapan.

Menurut beliau, kejayaan itu bagaimanapun hanya permulaan kerana PAS mempunyai misi yang lebih besar iaitu merampas Parlimen Batu daripada Pakatan Harapan iaitu PKR.

“Dengan terlunasnya baki pembayaran bernilai RM32,500 yang berjaya dikutip dalam tempoh dua minggu ini, maka kini secara rasminya diserahkan kepada PAS Kawasan Batu.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang sedang ditanggung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan PAN.

Kontroversi berhubung status Markas PAS Kawasan Batu bermula apabila empat pemegang amanah sementara bangunan itu yang terdiri daripada ahli PAS menyertai PAN.

Setelah menyertai PAN, mereka didakwa menyewakan bangunan tersebut dan mengambil manfaat dari hasil sewaan termasuk daripada pengusaha kedai Vape.

PAS mendakwa beberapa kali berunding dengan mereka, namun gagal mencapai kata putus disebabkan tuntutan yang melampau termasuk mahu mengenakan riba keatas PAS.

PAS menghantar notis saman terhadap empat ahli PAN tersebut kemudian memfailkannya di mahkamah. Ahli PAN terbabit pula memohon untuk membatal writ saman tersebut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments