LGBT semakin melampau! lantang menuntut hak

51

Biadab… Gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan beraninya semakin lantang menuntut pengiktirafan konon atas nama hak asasi.

Semasa Hari Wanita Sedunia pada minggu lalu, golongan LGBT dan Feminisme telah mengadakan seruan menuntut hak di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk memapatkan mesej mahukan diberi hak kepada semua.

Malah, sambutan tersebut dijadikan sebagai kesempatan oleh golongan Feminisme untuk berperanan seolah-olah mereka gigih dalam memperjuangkan hak kaum wanita di Malaysia.

 

Lebih menyedihkan lagi apabila perhimpunan tersebut turut disertai oleh orang Melayu beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah golongan muda.

Hakikatnya kemunculan golongan LGBT di Malaysia yang dilihat semakin liar dan berpengaruh, boleh membawa kepada ancaman dari aspek agama dan pemerintah.

 

 

Mengulas isu itu, Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, perjuangan golongan itu jelas bertentangan dengan nilai agama.

“Mereka mengiktiraf transwomen dan lesbian sebagai satu gender manakala amalam orientasi seks yang bebas perlu diterima masyarakat.

“Semua itu bertentangan dengan nilai agama, budaya dan Perlembagaan. Bahkan, ia juga menyalahi fakta sains dan nilai kesihatan serta kesejahteraan,” katanya kepada akhbar tempatan.

 

 

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertegas, penerimaan berbentuk gender dan orientasi seks terlarang ini akan memusnahkan struktur kekeluargaan dan seterusnya masyarakat.

Masyarakat seharusnya celik dan mengambil tindakan berkenaan fahaman ini daripada diracuni di minda-minda kebanyakan individu yang mampu merosakkan masyarakat keseluruhannya.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments