Suami simbah asid kerana isteri lahirkan anak perempuan

41

 

New Delhi: Hanya kerana kali kedua melahirkan anak perempuan seorang wanita mengalami kecederaan teruk apabila disimbah asid ke wajahnya ketika tidur oleh suami yang terdesak mahukan zuriat lelaki.

Farah Biwi, 25, mengalami lecuran teruk pada wajah, tangan dan perut akibat serangan suaminya Siraj Biwi, 32, yang melarikan diri selepas kejadian 7 Mac lalu itu yang secara ironi, juga Hari Wanita Sedunia.

Pasangan itu berkahwin lapan tahun dan mempunyai dua anak perempuan.

Farah yang masih menerima rawatan berkata, suaminya menyerangnya kerana dia gagal melahirkan anak perempuan selain masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.

Polis di Moradabad, Uttar Pradesh, kini memburu Siraj.

“Suami dan mentua bencikan saya seolah-olah sengaja cuma mahu melahirkan anak perempuan. Sejak setahun lalu keadaan lebih teruk dan saya sering didera.

“Suami juga kerap memaksa saya meminta wang daripada keluarga dan memukul saya jika enggan. Selepas melahirkan anak perempuan, saya didera jauh lebih teruk. Saya cuba bertahan kerana memikirkan anak. Jika berpisah dengan suami, siapa akan menjaga kami bertiga?

“Namun saya tidak pernah menyangka dia sanggup menyimbah asid pada wajah saya. Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila,” kata Farah.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments