Wanita kuat makan jajan hingga perut hampir cecah lantai

52

 

London: Seorang wanita obes yang memiliki berat badan 268 kilogram mendedahkan dia mula makan makanan ringan sejak kecil lagi kerana tertekan selepas kematian bapanya dan sampai satu peringkat perutnya hampir mencecah lantai.

Tamy Lyn Murrell, 45, berkata, ketika kecil dia seorang kanak-kanak yang normal tetapi semua itu berubah ketika dia berusia lapan tahun apabila bapanya pulang ke rumah sebelum diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Dalam program televisyen My 600lb Life terbitan TLC, Tamy memberitahu, kematian bapanya menyebabkan ibunya kemurungan, manakala dia pula tertekan dan memakan apa sahaja untuk menghilangkan perasaan itu.

Tamy turut menceritakan bagaimana dia menjadi taksub dengan makanan sehingga berat badannya melonjak naik hingga ke satu peringkat perutnya hampir mencecah lantai.

“Saya menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan orang lain dan melihat bapa saya mati di depan mata sendiri menyebabkan kehidupan saya terus berubah.

“Ibu saya mengalami kemurungan dan saya seperti kehilangan ibu juga,” katanya.

Menurutnya, tiada siapa yang menjaganya ketika kecil menyebabkan perhatiannya beralih kepada makanan.

“Saya makan apa sahaja yang saya mahu dan pada bila-bila masa. Makanan umpama kawan, ibu bapa dan kekasih saya.

“Saya makan makanan ringan sepanjang masa dan pernah jatuh sakit kerana makan terlalu banyak. Saya tidak tahu kenapa saya lakukannya, saya hanya mahu makan,” jelasnya.

Tamy berkahwin pada usia 18 tahun selepas bertemu seorang penjaga bangunan di tempatnya bekerja dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Walaupun, kini Tamy berjaya mengurangkan sedikit berat badannya tetapi dia masih tidak mampu melakukan sebarang kerja dan hanya duduk di atas katil.

Tamy memberitahu, dia cepat penat dan akan pengsan walaupun berjalan beberapa puluh meter.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments