Bintang Arsenal jutawan, tapi… emak gelandangan!

46

Ibu bintang muda kelab bola sepak Liga Inggeris, Arsenal iaitu Ainsley Maitland-Niles, mendakwa disisihkan anaknya sehingga terpaksa hidup gelandangan di dalam sebuah kontena yang dijadikan stor.

Jules Niles, 38, memberitahu portal Daily Mail, anaknya yang menerima gaji £30,000 (RM161,966) seminggu enggan menjadi penjamin untuk membolehkan dia menyewa sebuah rumah flat.

Pun begitu, Ainsley, 20, bersama adiknya, Cordi tinggal di apartmen mewah bernilai £700,000 (RM3.76 juta), namun Jules terpaksa mencuri masuk ke gudang Big Yellow Storage untuk tidur di dalam sebuah tempat penyejuk yang tidak digunakan.

 

 

 

Dia juga menyambut perayaan Krismas di tempat yang sejuk itu seorang diri dan makan malam di sebuah pusat untuk gelandangan berhampiran untuk menerusikan hidup.

Jules memberitahu, dia mula tinggal di kotak besi itu sejak tiga bulan lalu selepas hubungan dengan pemain tengah bernilai £15 juta (RM81 juta) terbabit mulai renggang.

“Anak saya boleh membelikan saya sebuah rumah flat dengan dua minggu atau dua bulan gajinya.

“Bagaimanapun, apabila wang menguasai dirinya, saya berada di dalam situasi ini.

“Anak saya bermain untuk Arsenal, sementara saya pula tidak berumah dan tinggal di dalam tempat penyimpanan barang,” jelasnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments