Jemaah disondol babi hutan ketika dalam masjid

66

 

Seorang jemaah Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh cedera akibat disondol ba.bi hutan yang ‘menceroboh’ ke dalam masjid ketika jemaah mahu menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, ba.bi jantan berkenaan dikatakan tiba-tiba muncul di perkarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, haiwan itu kemudian ‘lari’ masuk ke dalam bahagian solat masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut seorang jemaah yang enggan dikenali, jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit.

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid.

“Namun, haiwan yang dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah. Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” katanya.

Katanya, jemaah masjid turut memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

“Jemaah masjid juga menghubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah itu.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, jemaah menunaikan solat Isyak seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. – Metro

====

Kenyataan rasmi bagi Pihak Masjid

BA.BI HUTAN MASUK MASJID SG PLONG SUNGAI BULOH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
إنا لله وإنا إليه راجعون

Saya mewakili Tuan Nazir dan Pegawai2 Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba’diah maghrib, masjid kami telah ‘dikunjungi’ oleh seekor ba.bi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid, mengejar jamaah dan kanak2 diluar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya..

terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yg berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal..

Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah..

Pihak Balai Polis Sg Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan…

Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid..

Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama2 berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin
Imam 1

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments