Senator Russia jadi sensasi di media sosial kerana gaya rambut yang unik

54

 

Gaya rambut pelik sudah cukup bagi seorang senator di Russia untuk menjadi topik perbualan hangat di laman sosial.

Valentina Petrenko, 62, dari Khakassia di rantau Siberia mempunyai identiti unik dan sememangnya dikenali dengan gaya rambut kerinting besar di negara itu.

Bagaimanapun, ia baru disedari oleh pengguna internet di negara lain yang memberi pelbagai komen lucu terhadap beliau.

Newsweek melaporkan, senator terbabit tidak gemar dengan perhatian dan hanya menggunakan pin untuk menggayakan rambutnya.

Majalah itu turut menggelarkan sebagai seorang wanita ‘dingin dengan pandangan tajam’ selain menyifatkannya seakan-akan watak jahat dalam filem James Bond.

“Ada sesuatu tidak dapat mengelakkannya daripada sifat ‘watak jahat Bond’.

“Namun, berbanding memegang seekor kucing putih gebu di atas riba dia ada rambut kerinting berwarna coklat di atas kepalanya,” kata majalah itu.

Netizen membuat pelbagai ulasan mengenai rambut Petrenko termasuk seorang yang berkata: “Ada sesiapa yang memeriksa rambut senator Russia Valentina (Petrenko) jika ada racun, peranti pendengaran atau robot pengintip?

Mungkin ada banyak benda berada dalam rambutnya itu”.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments