Peminat belum ‘move on’ penangan vokal Ernie

    67

    Meskipun pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) sudah melabuhkan tirainya, namun peminat masih belum ‘move on’ dengan penangan vokal padu milik Ernie Zakri ketika menyampaikan lagu, Aku Cinta.

    Memetik sebuah portal online, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui sama sekali tidak pernah menyangka klip video nyanyiannya tatkala berduet dengan Syamel di AJL32 menjadi trending di YouTube.

    Melalui pembacaan di ruangan komen, kebanyakannya terkejut dengan teknik wisel yang saya lakukan ketika menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Syamel itu.

    “Tidak tahu hendak kata apa-apa cuma saya berterima kasih atas setiap pujian yang telah diberikan. Alhamdulillah, kerja keras kami berdua membuahkan hasil,” kata Ernie yang juga merupakan seorang guru vokal.

     

     

    Ernie berkata, selepas kejayaan Aku Cinta, mereka berdua kini sedang sibuk menghasilkan dan mempromosi single solo masing-masing.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai kolaborasinya dengan pelantun lagu Lebih Sempurnaitu, Ernie memberitahu dia hanya menunggu ‘lamaran’ daripada penyanyi lelaki itu.

    “Memang ada perancangan tetapi kami mahu fokus dulu terhadap lagu solo. Syamel baru sahaja tampil dengan single Biar CintaSaya juga sudah ada lagu cuma belum siap sepenuhnya. Tajuk pun belum dimuktamadkan. Masih dalam proses pembikinan,”ujar Ernie.

     

     

    Terdahulu, pasangan duet itu menerima pujian daripada juri yang mana mengatakan tiada satu nada pun daripada nyanyian mereka kedengaran sumbang.

    Kesempurnaan nyanyian itu melayakkan mereka menjulang trofi Vokal terbaik pada malam berlangsungnya acara berprestij itu pada 11 Februari lalu.

    Sehingga kini, lagu duet nyanyian Syamel dan Ernie meraih tontonan lebih 3,000,000 tontonan dan menjadi trending di nombor dua di laman YouTube Malaysia.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments