KTMB terus catat keuntungan RM4.6 juta

64

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai tidak beraudit sebanyak RM4.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Pengerusinya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, ia merupakan peningkatan lebih 100 peratus berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM245.1 juta pada tahun 2015.

“Keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8.9 juta pada 2016. Bagaimanapun KTMB masih mencatatkan kerugian terkumpul RM2.9 bilion sehingga 31 Disember 2017.

“Antara faktor utama kepada pencapaian positif ini adalah penjanaan pendapatan operasi sebanyak RM523.1 juta pada 2017 berbanding RM525.5 juta pada 2016,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nawawi berkata, selain peningkatan pendapatan, pengurusan perbelanjaan operasi yang cekap pada tahun 2016 membantu penurunan kos operasi sebanyak tujuh peratus berbanding tahun 2016.

Tambah beliau, program transformasi yang melibatkan beberapa bahagian seperti pengoperasian, kejuruteraan, pengurusan dan kewangan telah membantu penjimatan kos dengan anggaran RM100 juta setahun.

Menurut beliau, pencapaian memberangsangkan itu juga sebahagian besar disumbangkan melalui lain-lain pendapatan diperoleh daripada anak syarikat milik penuh KTMB ekoran keuntungan dari pelaburan strategik dalam projek usahasama.

“Tahun 2018, KTMB optimis bahawa prestasi kewangan akan kekal positif dengan unjuran peningkatan keuntungan sebelum cukai 59 peratus berbanding 2017,”katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments