Ibu bantu kekasih rogol anak dirasuk syaitan

46

Seorang wanita durjana yang berulang kali bantu kekasihnya merogol anak perempuannya sejak berusia lapan tahun kerana percaya mangsa dirasuk syaitan, akhirnya dipenjara selama 14 tahun.

Celia Beatriz Sosa mula melakukan penganiayaan berkenaan dengan memegang badan anaknya supaya kekasihnya, Sergio Eduardo Gimenez dapat merogol budak itu di rumah mereka di Buenos Aires, Argentina.

Kejadian berkenaan berlaku sehingga 2015. Kanak-kanak terbabit kini sudah berusia 17 tahun manakala Sergio pula telah melarikan diri dan sedang diburu oleh pihak Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol).

Kesan serangan seksual itu, anaknya mengandung dan telah dihantar ke Paraguay untuk digugurkan kandungan tersebut.

“Dia (Sergio) selalu mabuk dan saya tidak pernah suka kepada dia. Dia kata ada syaitan dalam badan saya lalu ibu saya mula percaya. Ia (rogol) itu bermula ketika saya berusia lapan tahun.

“Ibu saya akan mengejutkan saya dan memberitahu saya perlu melakukan `sesuatu’ dengan lelaki itu. Sudah pasti saya tidak mahu melakukannya,’’ kata anak perempuan Celia dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, dia juga sering diingatkan apa yang perlu dilakukan sebelum tidur dan Celia akan memaksa anaknya mengangkang. Celia juga memukul anaknya dengan tali pinggang.

“Saya terpaksa melakukannya. Kadang-kadang sepanjang malam. Kadang kala dia pakai kondom, kadang kala tidak,’’ kata anaknya.

Remaja itu kemudian memberitahu neneknya dan membuat laporan polis serta bertemu dengan pakar sakit puan dan psikiatrik untuk penilaian. Akhirnya pakar-pakar terbabit mengesahkan cerita anak Celia.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments