PRU-14: Mahathir, Mukhriz bakal jadi calon DAP?

50

BONGKAR… Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz didakwa bakal bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mendedahkan perkara tersebut mendakwa, tindakan itu terpaksa diambil berikutan masalah penerimaan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini kerana parti terkecil pembangkang tersebut yang ibarat baru berusia setahun jagung dikatakan gagal mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, adalah tidak menghairankan apabila wujud usaha dalaman oleh pihak pro-Mahathir untuk sabotaj parti berlambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.

“Ini satu alasan yang diperlukan oleh Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding dengan menggunakan logo DAP. Hingga ke hari ini, parti bunga itu masih lagi gagal mendapatkan kelulusan hitam putih rasmi daripada pihak ROS.

“Ia sama ada mesyuarat agung parti tersebut baru-baru ini sebagai sah atau pun tidak,” kata Mohd. Puad dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu persidangan tahunan PPBM tidak telus dan dibantah ahli parti itu sendiri.

Sehingga kini lebih 400 aduan dikemukan anggota parti itu dari seluruh negara kepada ROS yang mempertikaikan proses mesyuarat kebangsaan PPBM tersebut ekoran tiada pula persidangan di peringkat cawangan dan bahagian.

Ia sekali gus melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan menyebabkan ratusan ahli mengadakan himpunan aman di pejabat ROS di Putrajaya esok untuk desak PPBM dibatalkan pendaftarannya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments