Pasangan suami isteri saman jurugambar perkahwinan

67

Perkahwinan merupakan satu detik indah yang mahu dikenang seumur hidup, justeru sudah pasti saat bahagia itu mahu diabadikan dalam bentuk gambar.

Namun berbeza dengan pasangan Steph dan Paul Uwin.

Ini kerana jurugambar yang mereka upah, David Kilcourse hanya memfokus kepada orang lain, bukannya pasangan berkenaan.

David merakamkan gambar pengapit pengantin perempuan dengan fokus utama adalah di bahagian dada dan punggung.

Malah daripada daripada 70 gambar yang dirakamkan, hanya 11 gambar merupakan gambar Steph dan Paul. Itu pun tanpa ibu bapa mereka.

Susulan itu mereka mahu menyaman David.

Steph yang merupakan seorang jururawat dari Cheshire berkata, dia membayar sebanyak RM3,000 kepada David tetapi gambar yang dirakamkan sangat mengecewakan.

“Bila kami dapat gambar-gambar itu, ia sangat mengecewakan.Tiada langsung gambar ibu bapa kami. Dia merakamkan gambar payu dara dan punggung pengapit saya.

“‘Lebih banyak gambar pengapit daripada gambar kami. Saya tahu setiap orang melihat gambar berbeza tetapi apabila dia merakamkan tiga keping gambar punggung orang yang sama, maka ia bukannya kebetulan.

“Banyak detik-detik menarik telah hilang dan saya akan lakukan apa sahaja bagi mengelakkan ia berlaku kepada orang lain,’’ kata Steph.

Dalam pada itu, David pula menyalahkan cuaca dan mendakwa pasangan itu sengaja menuduhnya memfokus kepada badan pengapit pengantin perempuan.

David juga memberitahu dia telah menutup perniagaan perkhidmatan mengambil gambar dan memulangkan semua wang kepada pasangan berkenaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments