Lindsay berhijab rai Minggu Fesyen Sopan London

65

ANGGUN… Jika sebelum ini aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan pernah cetus sensasi konon memeluk agama Islam selepas mengunakan status ‘Assalamualaikum’ menerusi Instagram.

Bagaimanapun kali ini, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS) berusia 31 tahun itu sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tampil kemas berhijab ketika menghadiri Minggu Fesyen Sopan London di ibu kota Britain.

 Gadis tersebut bukan sahaja memakai tudung tetapi beliau juga telah mengenakan pakaian jubah seumpama abaya yang menutup habis aurat tubuh badan dirinya dan bersesuaian dengan konsep minggu fesyen Muslimah itu.Kehadiran Lindsay berimej sedemikian ternyata ‘curi’ tumpuan media antarabangsa susulan dunia yang sebelum itu gempar tunjuk perasaan wanita Syiah di Iran bakar hijab sebagai protes pemakaian tudung di negara tersebut.

 

 

Minggu Fesyen Sopan London berlangsung meriah di Victoria House, Bloomsbury dengan mendapat hangat ramai wanita Muslim dari seluruh dunia waima dikenakan tiket bayaran masuk mencecah £200 (kira-kira RM1,091).

Lebih 40 pereka terkenal antarabangsa hadir selain tetamu kehormat antaranya Datin Norjuma Habib Mohamed dari Malaysia, Muna AbuSulayman (Arab Saudi), Sara Al Madani (Emiriah Arab Bersatu) selain Lindsay sendiri.

Acara diadakan bersempena dengan Hari Hijab Sedunia yang diraikan wanita Muslimah pada 1 Februari lalu di 140 buah negara sejak 2013 selain memeriahkan lagi Minggu Fesyen London bermula 22 sehingga 25 Februari depan.

Kemunculan Lindsay itu turut menimbulkan semula khabar angin mengenai status agamanya yang sebenar. Namun, itu semua masih menjadi spekulasi kerana sehingga kini masih tiada penjelasan rasmi daripada pelakon itu sendiri.

 

 

Sementara itu, selain menulis ‘Assalamualaikum’, beliau juga dikatakan memadam semua gambar seksi menerusi Instagram dan sebelum ini, foto Lindsay memegang senaskhah Al-Quran turut menjadi tular melalui media sosial.

Namun, Lindsay mengatakan bahawa kitab suci umat Islam itu hanya merupakan hadiah khas daripada seorang kawannya dan beliau pernah bawa Al-Quran itu ke New York kerana masih lagi belajar mengenai kandungannya.

Mungkin Lindsay sedang dalam proses untuk memperlajari ilmu agama Islam. Sama ada tukar agama atau tidak, apa yang penting ketika ini adalah pintu hati beliau telah terbuka untuk mempelajari dan mendalami ilmu Islam.

Selain itu, Norjuma yang juga pengasas salah satu jenama popular tudung tanah air turut tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Lindsay sewaktu mereka berada pada acara berprestij tersebut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments