200 graduan Kelas Pertama tajaan JPA jadi PTD

28

PUTRAJAYA – Hanya 200 daripada 750 pengambilan baharu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi 2018 akan dipilih daripada kalangan pelajar cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

JPA dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bakinya masih terbuka kepada pelajar lain serta pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan lain.

“Keutamaan ini diberikan atas usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tajaan JPA dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya dapat memberikan sumbangan yang cemerlang juga kepada negara khususnya dalam sektor perkhidmatan awam di masa hadapan,” katanya.

JPA mengeluarkan kenyataan itu berikutan kekeliruan laporan berkaitan pengambilan pegawai baharu PTD melibatkan graduan kelas pertama JPA.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments