Pengacara ‘syok sendiri’ Motif Viral dikutuk netizen

    81

    Pasti ramai orang di luar sana yang pernah menonton mahupun mendengar rancangan bual bicara paling santai, Motif Viral kan?

    Motif Viral adalah sebuah rancangan hiburan terbitan Astro membincangkan mengenai topik atau video yang sedang tular di dunia maya.

    Terdahulu, rancangan ini pernah menerima kritikan dek kerana salah seorang pengacara iaitu Hazeman Huzir dikatakan tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris dengan betul.

    Terkini, Motif Viral sekali lagi menerima kritikan yang lebih teruk daripada netizen yang rata-rata rimas dan meluat dengan keletah pengacara yang mengendali rancangan tersebut.

    Netizen meluahkan reaksi meluat dan menganggap pengacara rancangan tersebut dilihat seolah-olah lebih syok sendiri dan keterlaluan ketika bersiaran.

     

     

    Malah, terdapat juga segelintir yang ‘mengutuk’ rancangan tersebut dan melontarkan pendapat adalah lebih baik jika rancangan itu lebih menularkan insan-insan yang berjaya agar dapat dicontohi ramai kelak.

     

     

     

    Pun begitu, semua itu hanya pandangan peribadi netizen semata-mata. Bagaimana pula dengan pandangan anda.

    Apa pula kata prosedur Motif Viral? Mana tahu mungkin mereka juga mempunyai pandangan yang tersendiri…

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments