Pemuda dipenjara 10 tahun perkosa kekasih sendiri hingga lahirkan anak - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Feb 15th, 2018

Pemuda dipenjara 10 tahun perkosa kekasih sendiri hingga lahirkan anak

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini, kerana merogol teman wanitanya sehingga melahirkan seorang anak, dua tahun lalu.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohammad Fikri Hisyam Adnan, 24, mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Bagi pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang semasa kejadian berusia 14 tahun dan 11 bulan di Bukit Payong, Marang, kira-kira jam 6.30 petang, antara Januari hingga Febuari 2016.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali dihadapan Hakim Azman Mustapha.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=NmtuSQ2Z%2FpNcF7R2hwoYU7CVgFSe8H5JJgoqkLb9y%2F4wkLqK2xyrLXfitTi4Z5ludN1xiwxDSiMBbGBAlUGMHg%3D%3D&prvtof=Ewn86Sy98l5DCm6%2F5KwalXuO3QaneA59xJcs4QQ6LWg%3D&poru=X%2B11ch6XY1cqWeWNr7FEKM%2Bv%2BEMzziAH2%2BDF9NH1lOdrrfO0F%2F%2FYIa9%2B8jUcbMXmW65z3siWW%2FDFSEWvU%2BHQmQ%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>