Doktor Malaysia Negara ke-5 paling ramai di Britain - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Feb 14th, 2018

Doktor Malaysia Negara ke-5 paling ramai di Britain

LONDON – Warganegara kelima yang paling ramai berkhidmat sebagai doktor profesional dengan National Health Service (NHS) di seluruh United Kingdom ketika ini adalah dari Malaysia.

Akhbar tempatan popular Daily Mail turut mendedahkan, berdasarkan laporan agensi kesihatan awam kebangsaan itu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain setakat bulan September tahun lalu.

Sementara itu seramai 2,201 rakyat Malaysia pula telah didaftarkan sebagai pekerja kesihatan di hospital milik NHS dan menjadikan warga Malaysia sebagai populasi asing ke-16 paling besar berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Namun, tiada rekod terperinci dikeluarkan pihak NHS berhubung jawatan dipegang rakyat Malaysia yang bekerja dalam bidang bukan kedoktoran di negara Eropah itu sama ada jururawat, pemandu ambulans atau petugas rencam.

Kumpulan warga Malaysia itu sekali gus membentuk sebahagian daripada 137,000 rakyat asing berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam di fasiliti klinik atau hospital seluruh Britain bawah kendalian pihak NHS.

Bagaimanapun rekod perpustakaan di dewan rendah Parlimen negara maju berkenaan sebelum itu mendedahkan terdapat seramai 976,288 pekerja warga British sendiri bertugas dengan NHS yang merangkumi 87.5 peratus.

“Sebaliknya ada sejumlah 137,000 doktor, jururawat dan staf prasarana NHS dari pelbagai negara luar termasuk hampir 62,000 rakyat beberapa negara Kesatuan Eropah iaitu sekitar 5.6 peratus,” lapor harian Daily Mail lagi.

Warga Britain justeru kekal menguasai bidang tersebut disusuli rakyat dari India dengan 18,348 orang, kemudian Filipina pula sebanyak 15,391 orang diikuti negara jirannya, Ireland iaitu 13,016 orang dan Malaysia tempat kelima.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyatakan bahawa negara itu masih lagi kekurangan pakar perubatan untuk ditempatkan di semua 967 buah klinik kesihatan di seluruh negara.

Menurut laporan Fakta Kesihatan 2016 diterbitkan Kementerian Kesihatan, Malaysia hanya ada 46,491 doktor bertauliah dengan nisbah pesakit 1:656 manakala pakar pula kira-kira 7,000 orang.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=RCQAhGJpMLpxRn%2BjIePlqjffi2EIpwh8qboH%2B7EQiCBMjixJlDnCyW3rcIQso8EdkgFRI7oGKzCH8QezFhhv1g%3D%3D&prvtof=VGHqWgZocILpwZnoxnzjnsk1ZBVfbpAQr8oGcS%2BGZYs%3D&poru=rH4kUtxyGNtV6dz5lyuV%2BItNYbeFBO%2Fy%2FdYi7yNti%2BAYJAVsTvKN0eD4PPNXqFGdsJVd65zpqPo%2F%2FRHeLj%2F49Q%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>