Wanita diperkosa maut alat sulit dirodok dengan jek kereta

259

 

SARATOV – RUSIA. Sadis! Seorang remaja tergamak merodok dan mencederakan kemaluan wanita yang dirogolnya menggunakan jek kereta.

Tindakan kejam itu mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia.

Laporan Dailymail mengatakan Danil Cheshko, 19, berjaya ditahan polis selepas menyerang Svetlana Sapogova, 41.

Sebelum kejadian, Danil dilaporkan menumpang kereta mangsa untuk pulang ke rumahnya di Saratov, selatan Rusia.

Selepas dirogol dan diserang, Svetlana yang masih bernyawa dan ditinggalkan di tempat kejadian, ditemui orang awam sebelum dihantar ke hospital.

Doktor kemudian berusaha menyelamatkan Svetlana menerusi pembedahan namun gagal dan mangsa meninggal dunia kerana kecederaannya terlalu parah.

Rakannya mengatakan jek kereta tersebut ditemui berlumuran darah di dalam kereta mangsa.

“Svetlana kehilangan tiga liter darah. Kemaluannya koyak teruk. Dia (Danil) tinggalkan mangsa untuk mati,” kata rakan mangsa, Nadezhda.

Danil yang sedang disiasat polis berdepan dakwaan membunuh, serangan seksual, merogol dan menyebabkan kecederaan parah.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments