Pelajar maut terkena bilah mesin rumput di padang sekolah

59

 

GEMAS – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments