Bunuh isteri kerana cemburu

19

 

BELAGA: Seorang suami sanggup menamatkan riwayat isterinya dipercayai kerana cemburu di sini, semalam.

Kejadian di rumah panjang di Sungai Asap itu disedari jiran pasangan itu jam 9 malam dan memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, mangsa berusia 25 tahun dipercayai dibunuh suaminya berusia 38 tahun di dapur rumah mereka menggunakan senjata tajam.

Sumber berkata, kejadian disedari jiran pasangan itu yang melihat suami isteri terbabit terbaring berlumuran darah menerusi celahan tingkap rumah panjang berkenaan.

“Sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudiannya bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut menemui mangsa sudah meninggal dunia, manakala suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya, hari ini.

Kata sumber, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek yang juga pekerja sebuah kem balak di daerah sama bertindak demikian kerana cemburu.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan daripada suspek selepas keadaannya disahkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments