Usus besar terkeluar, lama dalam tandas

51

NGERI…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital pada waktu tengah malam selepas menyedari sebahagian usus besarnya telah terkeluar dari badannya.

Lelaki yang masih muda itu bagaimanapun tidak didedahkan namanya, Dia memberitahu tahu doktor, dia berada di dalam tandas lebih setengah jam untuk membuang air besar.

Apabila doktor di Hospital Universiti Sun Yat Sen di China memeriksa lelaki itu, mereka mendapat usus besar sepanjang 16cm sedang tergantung di luar duburnya.

 

 

Dia terpaksa menjalani pembedahan dan menurut doktor, keadaan ini berlaku apabila penghujung usus tidak melekat di badan dan keluar dari badan.

Namun dalam kes ini, keadaan lelaki terbabit lebih teruk dari biasa.

“Pesakit mengalami `rectal prolapse’ sejak berusia empat tahun. Namun disebabkan ia tidak dirawat maka keadaan menjadi semakin buruk.

“Terdapat kesan darah dan lebam di dinding ususnya,’’ kata doktor yang merawatnya.

Menurut doktor, jika terlalu lalma berada di dalam tandas untuk membuang air besar, ia boleh melemahkah otot pelvis sama ada mencangkung atau duduk atas tandas. Justeru sesiapa yang mengalami masalah sama digesa supaya mendapatkan rawatan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments