Selangor beraksi di Stadium Shah Alam jika BN menang - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Feb 12th, 2018

Selangor beraksi di Stadium Shah Alam jika BN menang

SEPANG – Skuad bola sepak Selangor akan bermain semula di Stadium Shah Alam sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya jaminan itu diberikan kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

“Stadium Shah Alam kita akan serahkan balik kepada pasukan The Red Giants,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Kampung Ulu Chucuh, di sini pada Ahad.

Selangor dinafikan beraksi di Stadium Shah Alam susulan masalah antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016, menyebabkan pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi gelanggang tuan rumah pasukan Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

The Red Giants memegang rekod 33 kali menjuarai Piala Malaysia.

Najib berkata beliau juga akan memastikan hak Majlis Belia Negeri Selangor terhadap Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam turut dikembalikan jika BN menang di negeri itu pada PRU14.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR telah menganaktirikan belia di negeri berkenaan.

Menurutnya, isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia berkenaan adalah contoh keadaan warga Selangor dinafikan hak dan terpaksa menjadi ‘pelarian’ di negeri sendiri.

“Kalau Belia 4B bangkit memastikan kemenangan BN di Selangor, BN akan pulangkan semula kompleks belia kepada belia.”Kalau hari ini BN menang, Stadium Shah Alam pun akan diserahkan semula kepada pasukan The Red Giants,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=EyJEqX9wDGzqZkfi9p0nfPY3B8I9UUpp02MMwMOVAHBqq6w8cnugH%2FR1XawndQJjANWPMxh7LQsf50b9EB0Nag%3D%3D&prvtof=%2B9aUVaVdh2B4cMsq%2B1Z9Pqmp%2FpTKRECCUAb52von%2BDE%3D&poru=JKNTkPI1xPhGFhWum2tSprJfXpf5LZZ4WaYAkdXfElEXHziTRRcbsHYvijOPsJnooAhbGnN%2BZV0d%2BvALYJavXw%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>