Budak melecur ibu tiri paksa minum air panas menggelegak - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Feb 12th, 2018

Budak melecur ibu tiri paksa minum air panas menggelegak

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar darjah satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan, melecur pada bahagian bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku sekitar Isnin lalu, sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu dari empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nurul Dahlia Jaafar, berkata kejadian berkenaan disedarinya ketika dia mengambil anaknya dari rumah adik bekas suaminya, 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.

“Semasa saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.

“Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak,” katanya ketika ditemui di Institut Pedriatrik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, dia terkejut dan tidak menyangka anaknya akan diperlakukan seperti itu.

Nurul Dahlia berkata, dia kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.

“Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab selain tidak dapat memberikan kasih sebagai seorang ibu.

“Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu (mangsa) ke rumah, mereka akan berasa sangat gembira, tapi ketika hendak menghantarnya kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak dihantar kembali ke sana,” katanya.

Nurul Dahlia berkata, dia berpisah pada tahun 2011 dan menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suaminya itu selepas mengalami masalah kewangan, namun selepas bekas suaminya mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, banyak perubahan berlaku ke atas empat anak perempuannya, termasuk yang sulung berusia 14 tahun, 13 (berada di asrama), 8 tahun dan 7 tahun.

“Pada masa ini isu tuntutan hak penjagaan anak sedang berjalan di Mahkamah Syariah. Kes ini mengambil masa untuk selesai, Saya saya cuma khuatir sesuatu lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anak saya.

“Saya pernah bawa anak tinggal bersama, tetapi pihak polis akan menghubungi saya dan mengarahkan anak saya dihantar pulang ke Lenggeng, malah saya pernah ditahan di lokap selama tiga hari atas kesalahan berkenaan.

“Apabila saya membuat laporan polis, tiada tindakan susulan atau penyelesaian dicapai kerana mereka menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga,” katanya.

Guru sebuah sekolah agama ini juga berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan segera bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

<body bgcolor="#ffffff" text="#000000"> <a href="http://links.idc1998.com/?fp=xZjW5UvQr0cdk6QIM%2Fvn%2FJUd4LlL4rLUDbLKDYv6pKTv5Ck7yqUD%2FFvk7PPWqM%2F%2FZluMAyu%2B7hJBCJn%2FihePvQ%3D%3D&prvtof=wSWoA3b3Qb7owaoL8Yh7XO%2BmnGD404Fme6T8kae%2BPXE%3D&poru=GuG%2Fl6bg5H55zjZIuzbwvv1UZPpWolw8Faqtn7ekZgw%2FgIuZBMiGu6plzfftg36tWLj7EIeUPbOi1TW%2BZDzsCA%3D%3D&type=link">Click here to proceed</a>. </body>