Sabri ditaja umrah, menginap di ‘Cong Codei’ Makkah

    25

     

    Berkat watak Pok Ya yang dibawa oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus menerusi telefilem Pok Ya Cong Codei, dia kini ditawarkan tajaan untuk mengerjakan umrah secara percuma.

     

    Menurut portal The Malay Mail Online, Sabri turut dipelawa untuk mendiami Hotel ‘Cong Codei’ atau nama sebenarnya Hotel Concorde selama percuma ketika berada di Makkah dan Madinah.

    “Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini,” katanya.

     

    Akui selepas tiga minggu telefilem itu disiarkan, dia telah melalui fasa ‘sibuk’ bagi menghadiri banyak jemputan di stesen tv mahupun temubual bersama akhbar tempatan.

    “Kali pertama berlaku dalam sejarah hidup saya, watak saya disebut oleh semua peringkat umur.

    “Pok Ya bukan sahaja hak saya, tapi ia juga merupakan hak producer dan stesen tv juga. Bagi saya kalau habis kat situ pun takpe dah cukup. Biar orang teringat-teringat je watak Pok Ya,” katanya lagi.

     

     

    Dalam masa yang sama, Sabri turut memberitahu bahawa dia telah melalui fasa perbincangan bersama stesen tv untuk adakan sambungan telefilem Pok Ya iaitu Pok Ya Raya.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments