Rumah mewah ‘Abang Nak Tegur’ bocor dilimpahi air

    34

    Baru-baru ini pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang menarik perhatian ramai.

    Menerusi video berkenaan, ia memaparkan salah sebuah bilik di rumah mewah barunya dilihat bocor dan dilimpahi dengan air yang mencurah daripada atas siling.

    Menurut Aliff, ketika kejadian beliau sedang berminta pertolongan orang sekeliling serta sempat memberitahu bahawa beliau terjatuh ketika kejadian berlaku.

    “Tengah baring-baring main handphone Instagram dan Facebook pagi tadi. Tiba-tiba air terjun muncul dari atas siling bilik dan ruang tamu.

    “Sedih sangat sebab rumah ini baru saja siap. Katil dan perabot baru saja beli. Sampaikan saya terjatuh sebab nak minta bantuan. Saya tak tahu mana suis utama air,” tulisnya.

    Sementara itu, di ruangan komen perkongsian berkenaan rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada pengasas itu dia atas apa yang terjadi.

    Terdapat juga pihak yang mempersoalkan tindakannya merakam kejadian itu kerana Aliff sepatutnya lebih memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu.

     

    Semoga Aliff dapat bersabarlah di atas apa yang terjadi. Siapa tahu mungkin lepas ni Aliff akan dapat rezeki yang lagi melimpah ruah lebih daripada ‘air terjun’ tu?

     

    https://youtu.be/cwUShcuTMgc

     

     

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments